Khamis, Julai 02, 2009

Khairi Pulas Tangan Nasruddin?

Umno sangat berminat dengan kerajaan perpaduan. Walau pun idea itu telah dinoktahkan oleh Pas, Umno tetap menyelinap mencari ruang untuk menghidupakannya semula. Ketua Penerangan Umno berkata, masih ada pemimpin Pas yang menyetujui idea itu.

Kalau benar ada pemimpin Pas yang menyetujuinya pun, itu tidak berbangkit lagi sebab idea itu telah dimuktamadkan untuk dinoktahkan. Ini keputusan rasmi parti.

Apabila Najib menolak pelawaan Mursyid Am Pas untuk berdebat, Pemuda Pas mengambil inisiatif menyambung idea debat itu dengan mempelawa Pemuda Umno pula. Menariknya, Pemuda Umno menyambut pelawaan itu.

Sambut Pemuda Umno dengan tolak Najib adalah sama sahaja dari segi taktikalnya. Najib menolak kerana pada pandangannya itu menguntungkan Umno. Pemuda Umno menyambut pun kerana pada pandangan mereka itu menguntungkan Umno.

Debat antara Najib dengan Nik Abdul Aziz bukan hanya soal siapa menang dan kalah dalam hujah, tetapi kehadiran Nik Abdul Aziz sahaja pun rasanya menyirnakan Najib.

Mungkin itu antara perkiraan Najib. Kalau Najib ingin menghantar ulama’ juga, siapa ulama itu. Adakah Nik Abdul pula bersedia untuk sepentas dengan orang selain Najib?

Jadi, debat Najib dengan Nik Abdul Aziz, bagi Najib lebih baik tak jadi daripada jadi.

Pemuda Umno pula menerima pelawaan itu dengan tujuan mengilas tangan Pemuda Pas. Sama ada Pemuda Umno mampu mengilasnya atau tidak, itu soal lain. Tapi apa yang kelihatan usaha mengilas tangan itu ada.

Bagaimana? Kenyataan Khairi Jamaludin bahawa pelawaan Pemuda Pas itu sebagai ‘menepati pandangan Pemuda Umno yang menginginkan kerjasama antara kedua-dua parti terjalin’ ada bau-bau idea kerajaan perpaduan.

Maksudnya, Pemuda Umno ingin terus mengaitkan debat ini dengan idea itu. Khairi mengukuhkan kenyataan Ketua Penerangan Umno bahawa memang benar ada pemimpin Pas yang bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan itu dan pemimpin itu ialah Ketua Pemuda Pas Pusat.

Nampaknya, Khairi sudah menyiapkan otot lengannya untuk memulas tangan Nasruddin.

Pemuda Pas sendiri mengaku bahawa media salah lapor mengenai cadangan Pemuda Pas itu. Ya, media arus perdana milik Umno, Khairi orang Umno dan tentulah laporan media itu menguntungkan Umno. Bukankah itu langkah Khairi memulas tangan Nasruddin?

Pelawaan Nik Abdul Aziz dengan pelawaan Nasruddin tidak sama dari segi nilai dan kekuatannya. Nik Abdul Aziz mempelawa dalam keadaan semua orang tahu dia sangat menentang idea kerajaan perpaduan.

Nasruddin pula mempelawa Pemuda Umno dalam keadaan dia dilihat sebagai penyokong idea itu. Sebab itu Najib menolak pelawaan Nik Abdul Aziz dan Khairi menerima pelawaan Pemuda Pas.

Bagi saya, Khairi telah mula memulas tangan Nasrudin. Ketua Pemuda ini perlu ada kekuatan untuk menahan pulasan itu dan memulasnya kembali. Kalau tidak, Nasruddin tentu memulakan era sebagai ketua pemuda dengan kerutan muka sebab terpulas tangan.

Harap-harap tidak.

5 Komen:

budak kampung online berkata...

kahiry sengaja menonjolkan diri sebab nak cover najib. Kot-kot boleh naik cepat...

faiz berkata...

Benda baik eloklah diteruskan. Tak timbul soal siapa memulas dan siapa dipulas.

Tanpa Nama berkata...

dahla tu Ust Zol.
berbaik sangkalah sesama muslim.
duduk dan berwacanalah dahulu.
kita tengok siapa yg benar-benar ikhlas.
ini jumpa pun belum lagi, mcm2 dah nak speculate (tilik).
kita bukan nujum pak belalang ust zol.

Paksu Ki berkata...

Salam Ustaz....

Aku Melayu, Ustaz Zol Melayu, Khairy Melayu, Nasarudin Melayu, PAS Parti Melayu Islam, UMNO Parti Melayu Nasionalis.

Aku percaya PAS kerana perlembagaan PAS itu Islam. Aku tak percaya UMNO sebab dalam perlembagaan tidak sebut Islam sebagai asas perjuangan.

Aku orang PAS sukar untuk memaafkan UMNO sebab mereka membunuh Ustaz Ibrahim Libya.

Sukar memaafkan UMNO kerana hak orang Melayu PAS dinafikan.

Sukar memaafkan UMNO kerana rampas kuasa kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat secara kudeta.

Sukar memaafkan UMNO kerana isu pertukaran agama dianggap isu remeh.

Sukar memaafkan UMNO isu kerajaan UG dimanupulasi sehingga timbul kerisauan ahli2 PAS.

Sukar memaafkan UMNO kerana tidak menghormati TGNA dan TGHH.

Lagi sukar untuk memaafkan UMNO sebabnya UMNO ditubuhkan atas arahan dan pandangan dari kerajaan British untuk mengekang kebangkitan golongan timur tengah tuntut kemerdekaan secara total

Habis tu kenapa Nasarudin Tantawi membiarkan dirinya diperbodohkan oleh puak UMNO. Lebih baik Nasarudin Tantawi kaji dahulu rentak politik UMNO dulu. La ni terhegeh-hegeh nak tonjol diri sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat.

UMNO tidak akan berasa puas sekiranya PAS tidak terkubur

Tanpa Nama berkata...

us zul,
pelawaan nik aziz berdebat (apa saja istilah)dengan najib saya fikir tak mampu dibaca sebaliknya oleh pemuda dan mereka yang syok nak berdebat dengan umno.
mereka ini selalu syok sendiri dan megah, kemudian menyangka kalau berdebat dengan umno, pas mesti menang dan mulut umno pasti terkunci.
orang seperti ini selalu anggap, buah kita saja yang boleh kena, buah orang kita tak tahu.
saya nampak, ini adalah ekoran secara tersembunyi kejayaan umno dalam isu kerajaan perpaduan (UG)
umno dah nampak pas tutup pintu, tapi pas tak sedar tutup pintu boleh ditebuk semula.
maka tanpa sedar, pemuda membuka ruang lagi kemudian di sokong yang lain supaya berdebat.
pada hal apa saja bentuk bertemu dengan umno, debat, muzakarah, dan lain-lain lah-lah-lah lagi, yang pasti dalam pertemuan itu umno pasti membangkit soal itu, dan pas yang cuba mempertahan prinsip pas kononnya, akan berhujah.
di sinilah pas akan terjebak kerana sedikit sebanyak pas akan bercakap juga soal UG ini, sama ada setuju atau tidak.
ruang ini akan terbuka untuk direnung dan diperkata oleh umno.

nasaruddin tantawi tak baca soal ini. anak muda yang baru julung berkeris, nampak gagah. tapi jangan lupa khairy juga hebat. tengok debat dengan husham dulu, macam mana dia tidak takut untuk memanipulasi hal-hal sebenar.jangan lupa, bukan nasarudin tantawi saja yang mengaji, khairy juga mengaji. tipu muslihat dalam baik orang tak akan nampak. hati-hati.
yang masih galak nak muzakarah, debat, buat apa?
satu segi sekarang umno yang menang. kita terhegeh-hegeh jumpa dan beri surat ajak mereka. siapa yang hemoi?
ini adalah perancangan halus merebahkan pas dalam taktik, depa tunjuk suka kemudian depa kepak pas.
pas kena mengaji dunia sama walaupun akhirat itu penting.
-azizi abdullah