Isnin, November 09, 2009

Kebijaksanaan Yang Tercicir

SATU - Al-hikmah (kebijaksanaan) adalah barang yang tercicir daripada orang yang beriman. Dimana sahaja ia ditemui, ambillah. Demikian mafhum sebuah hadis yang termaktub di dalam Sunan at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Al-Albani menyatakan status hadis ini sebagai ‘sangat dhaif’.

Namun, hadis ini digunakan sebagai galakan dalam usaha mencari ilmu.

Dikhabarkan bahawa Ibnu Abbas berkata, “Ambillah kebijaksanaan itu daripada sesiapa sahaja yang kamu dengar. Kerana, kadang-kadang kebijaksanaan itu terhasil daripada orang yang tidak bijaksana dan kadang-kadang panahan yang tepat itu bukan daripada pemanah yang mahir.”

Dikhabarkan, Abu Hanifah mendengar nasihat tukang bekam dan menerimanya. Ada cerdik pandai berkata, “Hendaklah orang yang bijak menerima pendapat yang benar daripada semua orang termasuk daripada hamba.”

Disebutkan juga bahawa Ali bin Abi Talib berkata, “Kebijaksanaan adalah barang yang tercicir daripada orang yang beriman. Ambillah ia walau pun daripada orang Musyrik.”

Seorang pembesar Parsi bernama Bazarjamhir berkata, “Aku mengambil perkara yang baik daripada semua termasuk daripada anjing, kucing, khinzir dan burung gagak.” Dia ditanya, “Bagaimana?” Jawabnya, “Daripada anjing, kesetiaan kepada tuannya. Daripada burung gagak, sangat berhati-hati. Daripada khinzir, sentiasa awal mendapatkan kehendaknya, dan daripada kucing, pandai memujuk ketika memerlukan sesuatu.”

DUA – Pandangan Abu Hassan Hasbullah berdasarkan data-data kajian memang pedih untuk diterima. Data-data kajian itu tidak boleh ditolak mentah-mentah. Walau pun dia bukan ahli politik, namun dia memiliki kebijaksanaan yang tidak kita miliki. Kita perlu mengambil dan memanfaatkan kebijaksanaannya.

Saya terkilan apabila mendengar luahan Abdul Aziz Bari dipenghujung ucapannya tempoh hari. Katanya, dia tidak mahu lagi menulis mengenai PAS mulai hari Isnin (seminar pada hari Sabtu) dan akan menulis mengenai MCA pula.

Saya terkilan kerana kita mungkin akan kehilangan kebijaksanaannya apabila dia tidak mahu menulis lagi mengenai kita.

TIGA - Saya bukan pengagum Anwar tetapi saya fikir ada sesuatu yang boleh kita belajar daripadanya. Amaran kepada ‘pengacau’ dalam partinya yang gagal untuk patuh kepada disiplin dan ideologi parti untuk disingkir menimbulkan kewaspadaan pemimpin dan anggota parti itu.

Sekurang-kurangnya, amaran itu membentuk persepsi positif umum terhadap partinya dan dirinya. Kenyataan tegas itu boleh dibaca di dalam blognya.

Mungkin ini suatu kebijaksanaan yang patut kita ambil daripadanya. Kenapa? Kerana ada orang yang tidak mampu dibetulkan dengan resolusi tetapi perlu dibetulkan dengan hukuman.

8 Komen:

Isa berkata...

Salam Tuan,

Tapi kenapa mereka degil dan tidak mahu mengambil pengajaran?

Bukankah mereka semua Ulama/Ustaz... ini akan menjadi persepsi negatif pada pandangan jemaah.

khairolkhalid berkata...

Alhamdulillah. Tulisan yang baik. Malangnya tidak ramai tokoh di dalam PAS seperti Ustaz.

Figura seperti Ustaz Nasarudin Mat Isa, Datuk Dr Hasan Ali dan Dato' Mustafa Ali seolah-olah mabuk kuasa dan mula dijangkiti virus UMNO. Kadangkala saya nampak mereka lebih UMNO dari UMNO. Mereka sudah tidak mengenali kawan dan lawan.

Syukur Tuan Guru Nik Aziz masih hidup. Jika tidak sudah tentu PAS akan terjebak ke dalam ruang kebinasaan. Secara ikhlas, saya tidak fikir Tuan Guru Hadi mampu mengemudi PAS tanpa Tuan Guru Nik Aziz. Maka benarlah kata Prof Dr Abdul Aziz Bari, "Haji Hadi sudah hilang stim!"

Wallahua'lam. Ini hanya pandangan saya sebagai anak muda.

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL berkata...

Satu penulisan yang baik untuk direnungi serta dihayati maksud sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

assalam'alaikum. saya merupakan pengujung yang baru 'tiba' ke blog ustaz, dan ini kali pertama memberikan komentar.

saya setuju dengan pandangan ustaz ttg satu kerugian buat parti PAS apabila Prof aziz bari sudah 'tawar hati' untuk memberikan sebarang pandangan kepada PAS.

jika sebelum ini, apabila prof memberikan pandangan tentang UMNO yang menggembirakan PAS, nescaya pandangan tersebut akan dijadikan 'dalil' dan 'nas' dalam berhujah. tapi apabila beliau bermurah hati memberikan kritikan yang membina kepada PAS, mengapa penyokong2 nya dari kalangan PAS sebelum ini tiba2 berubah menghentam dan menjatuhkan air muka beliau?

adakah PAS ialah suatu parti yang tidak boleh menerima kritikan atau teguran? secara jujurnya, apa yang saya lihat, jika ada kalangan yang cuba menegur PAS dan menyatakan pendirian yang berbeza dengan PAS, walaupun orang tersebut adalah orang PAS atau PKR sekalipun, nescaya dia akan diperli, dimaki dan dikata macam2 yang negatif. adakah ini sikap kita sebagai anggota sebuah parti ISLAM?

malah ada yang hanya bersikap menyokong tanpa dasar hujah yang kuat. apa sahaja yang dilakukan oleh PAS, pasti akan disokong. hanya atas dasar emosi dan fanatik kepartian. lalu pandangan yang bertentangan amat sukar diterima.

wallahu a'lam.

tapi hal tersebut tidaklah berlaku kepada semua ahli dan pimpinan PAS. ada juga yang mampu bersikap neutral dan memberikan pandangan yang bernas dengan hujah yang kuat. jika betul disokong dan diperjuankah, jika salah ditegur dan diperbaiki.

dan saya melihat pandangan2 dalam blog ustaz juga adalah bersifat sedemikian. neutral dan hanya fanatik kepada quran dan sunnah. kebenaran yang kita perjuangkan. jika kebenaran bersama parti, kita tentu sokong habis-habisan. jika kebenaran tidak bersama, kita cuba sedaya upaya betulkan.

salam perjuangan. sekadar pandangan dari seorang ahli biasa :)

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM..
SUATU CATATAN DAN ULASAN YG SANGAT MENARIK YG PATUT DIBACA OLEH MEREKA YG TERLIBAT...SEMOGA GENERASI AKAN DATANG AKAN MEWARISINYA
---Dari...teman serumah 90-92...bohor temak

hanye tanye berkata...

saya setuju ngan us.mulahazah...minyak wangi kalau pakai byk sgt pening jugak kepala...yg baik tu sederhana.tahi kalau buat masuk dalam majlis,aper perkara yg baik patut diambil daripada nye?adakah kuning keemassannye?bau dah tentu tertolak...

bangcik berkata...

SELAMAT HARI BAPA!HAPPY BIRTHDAY TO YOU!SEMOGA PANJANG UMUR!
to:abah
from:bangcik

Tanpa Nama berkata...

Orang PAS kurang membaca kerana budaya membaca samar-samar di kalangan orang PAS. Bagaimana mahu mendapat hikmah jika budaya membaca tidak signifikan di kalangan orang PAS. Dari budaya membaca, idea-idea bercambah dan dapat diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti. Matlamat ditetapkan supaya aktiviti-aktiviti itu menjadi berkesan. Secara berkala, pemeriksaan dilakukan supaya aktiviti-aktiviti berada di atas landasan yang telah digariskan.

Atau mungkin orang PAS juga dari spesis Melayu. Wal hasil balik asal.