Khamis, November 12, 2009

KENYATAAN RASMI MENGENAI MADI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Kebelakangan ini timbul beberapa persoalan berkaitan dengan sebuah institusi pendidikan di Perlis yang dikenali dengan MADI atau nama penuhnya, Madrasah Diniah Islamiah, Kampong Jejawi Dalam, 02600 Arau, Perlis.

Di sini, saya ingin membuat beberapa penjelasan secara rasmi mengenai MADI.

PERTAMA - MADI ditubuhkan dan dimiliki sepenuhnya oleh PAS Negeri Perlis. Penubuhannya pada tahun 1992 adalah hasil inisiatif Pesuruhjaya PAS Perlis ketika itu (hingga sekarang), YB Ust Hj Hashim Jasin. MADI diletakkan di bawah sebuah lembaga tadbir yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis. Institusi ini tidak pernah diletakkan di bawah kelolaan mana-mana individu semenjak awal penubuhannya hingga kini.

KEDUA - Dari segi pentadbirannya, MADI diketuai oleh seorang Mudir dan dibantu oleh dua orang Penolong Kanan. Mulai tahun 2008, diwujudkan satu perjawatan baru iaitu Timbalan Mudir untuk memperkemaskan pentadbirannya. Senarai Mudir MADI semenjak awal penubuhannya sehingga kini adalah seperti berikut:

  • 1992 hingga 1996 Ustaz Abdul Rasyid bin Abdul Rahman
  • 1996 hingga 1999 Ustaz Zolkharnain bin Abidin
  • 1999 hingga 2004 Ustaz Ahmad Adnan bin Fadhil
  • 2004 hingga 2008 Ustaz Zolkharnain bin Abidin
  • 2008 hingga kini Mudir - Ustaz Ahmad @ Saad bin Ali / Timbalan Mudir - Ustaz Zolkharnain bin Abidin

Penolong-penolong Kanan MADI kini ialah Cikgu Azmal Zaid bin Ahmad Azmi (Hal Ehwal Akademik) dan Ustaz Rosmadi bin Ramli (Hal Ehwal Pelajar).

KETIGA - MADI berpusat sepenuhnya di lokasi sekarang iaitu di Kampong Jejawi Dalam, Arau, Perlis. MADI tidak mempunyai cawangan di mana-mana lokasi pun semenjak awal penubuhannya sehingga kini.

KEEMPAT - MADI hanya akan memperkenalkan Qismu Tahfiz al-Quran (bahagian Pengajian Tahfiz al-Quran) mulai tahun 2010. Bahagian pengajian ini tidak pernah diwujudkan sebelum ini dan hanya beroperasi mulai Januari 2010. Bahagian ini juga beroperasi di lokasi MADI sekarang iaitu di Kampong Jejawi Dalam, bukan di lokasi yang lain.

KELIMA - Mereka yang ingin menyumbang kepada MADI boleh melakukannya melalui cek atas nama Madrasah Diniah Islamiah (MADI). Atau, boleh disalurkan terus ke dalam akaun MADI bernombor (0901-0001523-71-5) - Bank Muamalat. Semua sumbangan akan disahkan dengan pengeluaran Resit Rasmi MADI yang bernombor siri.

KEENAM - Sebarang maklumat lanjut mengenai MADI boleh diperolehi secara terus dengan menghubungi pejabat MADI di talian 04 976 3626. Atau, menghubungi Timbalan Mudir melalui email di alamat zolkharnain@gmail.com.

(ZOLKHARNAIN BIN ABIDIN)

4 Komen:

intai kot tepi berkata...

lain macam je ni ustaz, keluar statement ttg MADI plak, siap ada hikayat sejarah lagi. Ni nak perangkap toyol ke atau nak perangkap jerangkung dalam serban ??

musdeng berkata...

Pelatihan Solat Khusyuk

Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad

Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

10 November 2009 06:18

Zolkharnain Abidin berkata...

intai kot tepi,
1. Sekadar pencerahan terhadap beberapa perkara yang berbangkit secara serius kebelakangan ini.

2. MADI adalah milik PAS dan saya tidak mahu institusi ini dipergunakan untuk tujuan dan kepentingan peribadi.

Tanpa Nama berkata...

salam ust,

Ish ada gak org jenis cam ni yg guna
MADI utk peribadi. udah le sekolah kita miskin.. ada hati lagi nak kedarah..

huhu..teruk tul. Sapa orang tu ust, meh saya hempok dia dengan tiang gol MADI tu..GERAM TUL